Sekolah Kebangsaan Liang Batu telah ditubuhkan pada 1 Januari 1948 dengan bertiang kayu,beratap rumbia dan berlantaikan tanah serta berdinding kayu.
Penubuhannya
telah diusahakan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Haji Abd Hamid,Penghulu Renchong setelah
sebahagian penduduk Kampung Liang Batu telah menghulurkan bantuan dengan
membeli tanah dan diwakafkan untuk tapak
pembinaannya di hadapan masjid lama Kg.Liang Batu yang terletak berhampiran
sungai.
Sekolah
ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Renchong.Pada tahun 1950 bangunan sekolah
ini dibesarkan dengan bantuan kerajaan dan namanya ditukar kepada Sekolah Umum
Liang Batu.Berlakunya banjir besar pada tahun 1951 menyebabkan bangunan
tersebut telah dihanyutkan air banjir ke sungai Muar.Kejadian tersebut menyebabkan
murid-murid Sekolah Umum Liang Batu menumpang belajar di Balai Masjid Kg.Liang Batu.
Pada
tahun 1952 sebuah sekolah baru dibina di
tapak tanah yang sama dan dikendalikan
secara terus oleh Naib Penghulu Mukim Lenga pada masa itu iaitu Tuan Haji
Hassan bin Ibrahim.
Pada
tahun 1960 sebuah bangunan sekolah telah didirikan di atas tanah yang dibeli
dengan kerjasama penduduk kampong Liang Batu .Pada tahun 1969 atas usaha Tuan
Haji Md.Tafff bin Yakin,Tuan Haji Hasbullah bin Haji Ideris dan Tuan Haji Salim
bin Simat telah berusaha bertemu Yang Berhormat Tuan Haji Hasssan bin
Yunus,wakil rakyat ketika itu untuk menyegerakan binaan bangunan baru di tapak
tersebut yang dibiayai oleh Jabatan
Pelajaran Muar bernilai RM25 000 dan dikenali kini Blok A bagi menampung
pertambahan murid.Seterusnya nama sekolah telah ditukar kepada SK.Liang Batu
dan nama itu kekal hingga hari ini.
Bangunan
yang kedua telah dibina pada tahun 1978 merupakan perpustakaan sumbangan wakil rakyat
dan diselia oleh Guru Besar pada waktu itu iaitu Encik Jimat bin Maarof
bernilai RM5000.Manakala bangunan ketiga iatu Blok B pula diusahakan oleh Tuan
Haji Marhamin bin Atmo, Guru Besar
SK.Liang Batu ketika itu dengan nilai
RM50 000 peruntukan daripada
Jabatan Pelajaran Muar.
Pada tahun 1985 dengan perbelajaan RM35 000
bangunan kantin dibina semasa pentadbiran
Tuan Haji Marhamin Bin Atmo juga.Bangunan kantin dan perpustakaan ini kemudan
dirobohkan untuk didirikan bangunan baru empat tingkat yang bernilai RM3.6 juta
pada tahun 2009 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2012.
No comments:
Post a Comment